Raksasa yang diberi gelaran Nessie didakwa wujud di Tasik Ness, Scotland yang bersembunyi di bawah permukaan air tasik itu. Raksasa tersebut didakwa sudah berada dalam tasik itu sejak abad keenam lagi.
Akan tetapi Nessie kononnya kerap menyembunyikan diri drpd dilihat manusia dan telah menyebabkan tiada siapa yang dapat menangkap makhluk itu bagi mengesahkan kewujudannya.
Setelah berkurun berlalu, akhirnya Nessie menjadi sebuah lagenda penduduk setempat tetapi sejak dakwaan kewujudannya tersebar luas, ramai pihak mula menyelam ke dalam tasik itu yang sedalam 230 meter itu dengan harapan dapat membongkar misteri berkenaan.Ada pihak yakin bahawa raksasa Nessie sebenarnya tidak pernah wujud setelah menjalan pelbagai kajian,namun seorang penduduk di situ tampil mengemukakan bukti yang berbeza.Beliau mendakwa menjumpai fosil berusia 150 juta tahun berupa empat tulang belakang lengkap dengan saraf dan urat nadi dipercayai milik pleisaurus di kawasan cetek di Tasik Ness.

nessie comel tapie carnivore la plak haha :)
ReplyDelete