Friday, April 1, 2011

Bahtera Nabi Nuh A.S.....dibina untuk selamatkan hamba-NYA yang beriman.

Dalam Agama samawi, Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran.Pembinaan bahtera berkenaan bermula apabila Nabi Nuh a.s mula berdakwah kepada kaumnya dengan mengajak mereka menyembah Allah S.W.T yang telah memberikan pelbagai nikmat dan harta kepada mereka semua.
   Namun, walaupun baginda tidak jemu-jemu berdakwah siang dan malam,kaumnya tetap angkuh dan kufur serta enggan menyembah Allah S.W.T, malah bertindak menutup telinga dan muka ketika baginda sedang berdakwah.Allah S.W.T kemudiannya memerintahkan Nabi Nuh a.s membina sebuah bahtera besar di suatu kawasan yang tinggi.Tindakan Nabi Nuh a.s yang membina bahtera itu juga telah menjadi ejekan kaumnya yang menuduh baginda sudah gila.
   Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Allah S.W.T menurunkan hujan yang teramat lebat sehingga menyebabkan seluru kawasan Nabi Nuh itu tenggelam.Banjir besar itu menyebabkan penduduk yang kufur dan tidak beriman kepada ajaran Nabi Nuh a.s akhirnya terkorban.

No comments:

Post a Comment