Waratah adalah nama kapal persiaran mewah yang terkenal di kalangan aristokrat Barat sekitar awal abad ke-20.Warath siap dibina oleh syarikat perkapalan Barclay Curle & Co di Whiteinch, Glasgow, Scotland sekitar tahun 1908 iaitu setahun sebelum ia hilang. Kapal persiaran mewah itu dinamakan 'Waratah' sempena nama sejenis bunga dan ia berukuran 140 meter panjang dan mampu memuatkan beban sehingga 6500 tan. Pada masa ia dibina, Waratah dikatakan kapal persiaran paling besar dan mewah diseluruh dunia.
Dalam keseronokan menikmati kemewahan Waratah, secara tiba2 ia ghaib di kawasan laut Afrika Selatan pada 1909.Misteri kehilangannya menimbulkan 1001 persoalan mengenai punca kejadian yang berlaku terhadap kapal tersebut.
Lebih memilukan apabila kapal waratah turut hilang bersama kira2 210 orang penumpang yang berada di dalamnya.Tiada seorang pun yang terselamat untuk menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku terhadap kapal Waratah ketika meredah laut Afrika Selatan.Ia sekali gus meninggalkan teka-teki kehilangan kapal mewah yang turut digelar 'Australia's Titanic' itu terus kekal misteri hingga hari ini.

No comments:
Post a Comment