Friday, April 1, 2011

Mona Lisa..senyuman yang sukar diterjemahkan.



Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci yang dihasilkan sekitar tahun 1503. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa. Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu. Oleh itu, terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan terlalu pudar.Ramai pengkaji seni dan saintis cuba mentafsirkan makna disebalik senyuman unik wanita itu yang dianggap amat berbeza berbanding mana-mana snyuman manusia lain.Meneliti cara wanita itu melirikkan senyumannya, pasti ramai pihak tertanya-tanya apakah perasaan sebenar yang tersimpan jauh dilubuk hati ketika dirinya sedang dilukis pelukis terkenal,Leonardo da Vinci.
   Lebih unik adalah bentuk senyuman itu nampak berbeza jika dilihat dari sudut yang berlainan.Selain itu,bebola mata Mona Lisa sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira daripada arah mana mereka memerhatikan lukisan tersebut.
   Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengetahui makna disebalik senyuman itu dan terus mencari jawapan kepada persoalan siapakah Mona Lisa sebenarnya.Banyak teori telah dikemukakan oleh para saintis yang terkenal.Bagaimanapun,satu penemuan mengejutkan dikemukakan pengkaji dari Bell Labs,Dr. Lillian Schwartz.Menurutnya,Mona Lisa sebenarnya adalah wajah Da Vinci sendiri yang dilukis sebagai wanita.Penemuan itu diperoleh Selepas Schwartz membandingkan wajah Da Vinci dengan wajah Mona Lisa.Hasilnya,kedua-dua wajah itu didapati tidak sahaja seiras tetapi dapat digabungkan menjadi satu!


mona lisa+da vinci


No comments:

Post a Comment