Friday, April 1, 2011

Stonehenge...motif pembinaannya masih tidak terungkai.

Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire, England, sekitar 13 kilometer (8 batu) di barat laut Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai megalit.Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa kawasan itu mula dibangunkan sekitar 2500 SM sehingga 2000 SM dan ada pula yang berpendapat bahawa ia dibina sekitar 3100 SM. Sehingga kini, fungsi binaan aneh itu terus menjadi misteri yang menimbulkan tanda tanya kepada penyelidik dan ahli kaji purba. Selama ribuan tahun, batu itu kekal tegak berdiri dengan susunan bertindih membentuk seakan huruf 'l', 'n' dan 'm' sehingga membentuk bulatan di kawasan lapang itu.
   Sebuah bentuk seakan pintu gerbang kelihatan didirikan di bahagian timur laut Stonehenge manakal di tepi monumen itu pula terdapat lingkaran parit yang berdiameter sekitar 115 meter. Kira-kira 59 lubang yang dikenali sebagai lubang 'Aubrey' pula dihasilkan di bahagian luar binaan itu. Sehingga kini, penyelidik dan ahli arkeologi masih menjalankan kajian bagi mencari jawapan kepada teka-teki kewujudan monumen berkenaan, keanehan binaan itu menyebabkan ia akhirnya diiktiraf UNESCO sbagai satu daripada Lokasi Warisan Dunia pada 1986.

No comments:

Post a Comment