Friday, April 8, 2011

Pokok Terbesar di Dunia

General Sherman Tree

Memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Usia pokok ini diantara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama "Jenderal Sherman", bukan hanya merupakan salah satu yang tertinggi , tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam hal volume-nya. Di tahun 2002 pokok ini pernah diukur sebesar 1487 meter.



10 Bangunan Tertinggi di Dunia

  1. Burj Khalifa- 2716 kaki


2.   Taipei 101- 1671 kaki






3.   Shanghai world financial Centre-1614 kaki





4.   International Commerce Centre-1588 kaki




5.   Menara Berkembar Petronas- 1483 kaki





6.   Nanjiang Greenland Financial- 1476 kaki



7.   Menara willis- 1451 kaki





8.   Guanzhou West Tower- 1435 kaki





9. Menara Jin  Mao- 1380 kaki





10.   Two International Finance Centre-1362 kaki




Menara Condong Pisa

Menara Condong Pisa merupakan Menara Loceng untuk gereja Pisa di Tuscany, Italy.Menara ini mula dibina pada tahun 1173 dan condongnya semasa dalam pembinaan menyebabkan pembinaannya tergantung selama 1 abad.Pembinaannya disambung pada 1275 dengan tingkat ketiga dan kelima dibina senget untuk mengurangkan kecondongannya.Menara ini dibina dalam bentuk Romanesque daripada marmar putih dan berbentuk bulat segi lapan tingkat dan condong hampir 17 kaki atau 5 darjah.Untuk mengatasi kecondongannya termasuk mengepam air dalam tanah,mencucuk simen ke asas menara,dan termasuklah memasang kabel besi sebagai sauh, berjaya mempertahankan kecondongannya.

 

Angkor Wat

Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor.Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.


Candi Borobudur

Borobudur adalah candi Budha terbesar di abad ke-9 yang berukuran 123 x 123 meter. Candi Borobudur selesai dibangun berabad-abad sebelum Angkor Wat di Kamboja.Borobudur dibangun oleh Raja Samaratungga, salah satu raja kerajaan Mataram Kuno, keturunan Wangsa Syailendra. Berdasarkan prasasti Kayumwungan, seorang Indonesia bernama Hudaya Kandahjaya mengungkapkan bahwa Borobudur adalah sebuah tempat ibadah yang selesai dibangun 26 Mei 824, hampir seratus tahun sejak masa awal dibangun. Nama Borobudur sendiri menurut beberapa orang berarti sebuah gunung yang berteras-teras (budhara), sementara beberapa yang lain mengatakan Borobudur berarti biara yang terletak di tempat tinggi.Bangunan Borobudur berbentuk punden berundak terdiri dari 10 tingkat. Tingginya 42 meter sebelum direnovasi dan 34,5 meter setelah direnovasi karena tingkat paling bawah digunakan sebagai penahan. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tingkat tertinggi yang berupa stupa Budha yang menghadap ke arah barat. Setiap tingkatan melambangkan tahapan kehidupan manusia. Sesuai mahzab Budha Mahayana, setiap orang yang ingin mencapai tingkat sebagai Budha mesti melalui setiap tingkatan kehidupan tersebut.


Thursday, April 7, 2011

Taj Mahal

Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

Tembok Besar Cina

Tembok Besar China  merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Wednesday, April 6, 2011

Imam Mahdi

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi  ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)
Kefahaman terhadap Imam Mahdi dalam Islam berbeza mengikut aliran Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah.

NAMA IMAM MAHDI
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah "nama gelaran" sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya.
Imam Mahdi dapat diertikan secara bebas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk" Dalam bahasa Arab kata Imam = pemimpin, ataupun Mahdi = orang yang mendapat petunjuk

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad S.A.W, nama bapanya pun sama seperti nama bapa RASULULLAH S.A.W, iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama dengan RASULULLAH S.A.W. iaitu Muhammad bin Abdullah.

Sunday, April 3, 2011

Atlantis...sangat maju dalam bidang teknologi

Atlantis dikatakan suatu tamadun yang sangat hebat yang pernah wujud kira-kira 11000 tahun dahulu namun terus ghaib secara tiba-tiba dari muka bumi. Tamadun Atlantis dikatakan memiliki teknologi yang lebih canggih berbanding keupayaan teknologi yang dicapai dunia sains moden di abad ini.Antara gambaran tentang Atlantis adalah :
  •  Pulau Atlantis sangat mewah,maju,luas dan memiliki teknologi hebat dan tenteanya saja seramai 1.6 juta orang.
  • Matahari terik menyinari atlantis sepanjang tahun menyebabkan tanaman seperti pisang, nanas dan kelapa diusahakan sebagai tanaman utama.Selain perladangan, Atlantis juga dipenuhi bijih timah dan emas.
  • Bandaraya yang dibangunkan penuh seni dan indah sekali.Taman-taman indah,pokok subur dan puluhan air pancuran berkilauan dan terusan besar dibina bagi menghubungkan bandar dengan lautan supaya kapal berlayar boleh terus masuk ke tengah bandar.
  • Kemajuan sains dan teknologi yang dikaji saintis serta penyelidik Atlantis terlalu canggih sehinggakan terdapat kapal udara bagi mengangkut tentera yang mampu terbang tanpa menggunakan minyak seperti sekarang.
Sehingga kini,walaupun ramai penyelidik di seluruh dunia meneliti dan mencari lokasi kehilangan kota Atlantis, masih tiada sebarang kesan ketamadunnya yang berjaya ditemui melainkan hanya sebuah kisah yang diceritakan ahli falsafah Greek,iaitu Plato.Bagi golongan skeptikal,mereka percaya bahawa Atlantis sebenarnya tidak wujud dan kisah Plato itu sekadar imaginasinya sahaja,sama seperti pelbagai kisah dongeng yang diceritakan ramai penglipur lara sebelum ini. 

Teknologi Silam

Antara beberapa penemuan menggemparkan mengenai artifak purba yang menggambarkan seola-seolah dunia zaman dahulu sudah mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi adalah :

  • Catatan Purba
          Banyak catatan purba yang dijumpai seolah-olah menceritakan bahawa kehidupan zaman dahulu sudah dibantu dengan pelbagai teknologi dan maju dari aspek sains. Misalnya, ahli falsafah Yunani menceritakan  tentang kewujudan kota Atlantis yang memiliki pelbagai teknologi hebat seperti kenderaan terbang dan alat komunikasi.
  • Pembinaan Purba
           Bangunan purba seperti piramid, kota tamadun Maya dan juga stonehenge dikatakan sukar dibina pada zaman itu melainkan wujudnya peralatan dan teknologi pembinaan yang hebat.
  • Penemuan Bateri di Baghdad,Iraq.
Pada 1930, seorang ahli arkeologi Austria menemui suatu objek aneh tertanam di tapak kerja cari gali di Khujut Rabula, Baghdad. Kajian mendapati objek aneh itu bukan sahaja berfungsi sebagai bateri yang mampu menghasilkan tenaga elektrik hingga 2 volt, malah dikesan telah wujud antara 2000-5000 tahun dahulu. Penemuan itu menggambarkan seolah-olah masyarakat dahulu sudah menemui kaedah menyimpan tenaga lebih awal drpd  Micheal Faraday yang sebelum direkodkan sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis.


  • Piring Batu kaum Dropa
Pada 1938, sebuah artifak kuno berbentuk cakera ditemui oleh kumpulan arkeologi dari Universiti Peking, China, dalam sebuah gua di pergunungan Bayan Kara-Ula, Tibet. Kajian mendapati kajian cakera yang diperbuat drpd campuran kobalt dan sejenis besi yang gagal dikenal pasti itu berfungsi sebagai komponen litar elektrik yang digunakan 12000 tahun dahulu.

Ratu Hatshepsut

Ratu Hatshepsut adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir kuno. Para Egiptologis umumnya menganggapnya sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berhasil di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada perempuan penguasa manapun dalam sebuah dinasti bumiputra.Beliau dikatakan memerintah Kerajaan Mesir Purba selama 21 tahun. Zaman pemerintahannya dikenali sebagai antara zaman kegemilangan tamadun Mesir. Rakyat hidup dalam keadaan makmur di bawah pemerintahan cemerlang tokoh itu.
  Namun demikian selepas tamat pemerintahannya, jasad Ratu Hatshepsut terus hilang secara misteri. Malah kewujudannya dalan sejarah Mesir Purba juga cuba dilenyapkan pihak tertentu seolah-olah beliau tidak pernah hidup didunia ini. sejak itu, para penyelidik terus mencari beberapa jawapan tentang kehilangannya.
  Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mencari dimanakah mumia ratu berkenaan disembunyikan.banayk mumia telah ditemui namun hasilnya tetap tidak memuaskan hati.Namun, beberapa tahun kemudian, seorang pengkaji sejarah Mesir Purba mengemukakan teori menggemparkan.Beliau berpendapat bahawa mumia Ratu Hatshepsut sebenarnya mungkin sudah ditemui penyelidik tetapi tiada siapa mengenalinya.
  Menurutnya,mumia ratu berkenaan mungkin merupakan mumia kedua yang berusia kira-kira 3500 tahun dan ditemui dalam makam purba di lokasi KV60, Lembah Diraja Mesir itu. Penyelidik itu mengemukakan teori tersebut selepas melihat posisi mumia kedua tersebut diletakkan di dada. Kajiannya mendapati bahawa posisi tangan seperti itu adalah protokol bagi ahli keluarga firaun yang dimakamkan.
  Berdasarkan teori itu, mumia kedua itu dibawa ke Muzium Kaherah untuk dilakukan kajian lebih terperinci dan hasilnya,mumia tersebut adalah milik Ratu Hatshepsut

Batu Ica..terdapat ukiran unik padanya.

Batu Ica dikatakan wujud sejak jutaan tahun dahulu yang padanya terdapat banyak ukiran aneh dan menghairankan. Misteri kewujudannya bermula sekitar 1960-an apabila seorang petani menjumpai banyak batu yang memiliki imej pelik dalam sebuah gua sekitar Ica, Peru. Dia kemudian mengutip batu itu untuk dijual kerana ukirannya teramat unik dan menarik.Tetapi, tindakan petani itu menyebabkan dirinya ditangkap kerana didapati menjual artifak negara.Walaubagaimanapun, dia dilepaskan tidak lama selepas itu. Seorang daripada pelanggan tersebut ialah Dr.Javier Cabrera. Doktor itu kemudian membeli batu-batu itu dan menempatkannya di sebuah muzium khas yang dibinanya.Di muzium itu, terdapat lebih 1500 Batu Ica dengan pelbagai imej tertera diatasnya. Dr Cabrera turut bingung dengan misteri Batu Ica yang dikatakan wujud puluhan juta tahun dahulu yang imejnya tertera padanya terlalu futuristik. Justeru,beliau mula membenarkan penyelidik mengkaji batu-batu miliknya dengan harapan dapat membongkar misteri batu tersebut.
  Pelbagai teori dan penemuan telah dihasilkan setelah kajian telah dijalankan.Walaubagaimanapun, sehingga kini, tiada siapa yang pasti teori manakah yang benar dan tepat.

Crop Circle...terhasil dalam tempoh satu malam.

Crop Circle adalah lingkaran aneh dengan pelbagai bentuk dan corak yang didakwa muncul secara tiba-tiba di kawasan ladang sejak lebih 360 tahun dahulu. Ia menjadi misteri kepada para penyelidik kerana lingkaran tersebut terjadi hany dalam tempoh semalaman sahaja.Ia masih tidak wujud pada waktu petang tetapi keesokan paginya muncul lingkaran dengan pelbagai corak aneh!
  Apa yang menghairankan, bagaimana seseorang boleh menghasilkan pelbagai corak pelik itu dalam tempoh yang singkat. Tambahan pula ia dilakukan pada waktu malam.
  Crop Circle hanya dapat dilihat dengan jelas dari udara. Selain berbentuk bulatan, ada juga Crop Circle yang menyerupai bentuk kala jengking, lebah dan bunga. Sehingga kini, terdapat lebih 12000 Crop Circle dilaporkan dijumpai di seluruh dunia dan setiap tahun, ada saja penemuan baru yang dilaporkan seolah-olah fenomena aneh itu berlaku tanpa henti-henti.

Raksasa Nessie...sejenis dinosaur

  Raksasa yang diberi gelaran Nessie didakwa wujud di Tasik Ness, Scotland yang bersembunyi di bawah permukaan air tasik itu. Raksasa tersebut didakwa sudah berada dalam tasik itu sejak abad keenam lagi.
  Akan tetapi Nessie kononnya kerap menyembunyikan diri drpd dilihat manusia dan telah menyebabkan tiada siapa yang dapat menangkap makhluk itu bagi mengesahkan kewujudannya.
 Setelah berkurun berlalu, akhirnya Nessie menjadi sebuah lagenda penduduk setempat  tetapi sejak dakwaan kewujudannya tersebar luas, ramai pihak mula menyelam ke dalam tasik itu yang sedalam 230 meter itu dengan harapan dapat membongkar misteri berkenaan.Ada pihak yakin bahawa raksasa Nessie sebenarnya tidak pernah wujud setelah menjalan pelbagai kajian,namun seorang penduduk di situ tampil mengemukakan  bukti yang berbeza.Beliau mendakwa menjumpai fosil berusia 150 juta tahun berupa empat tulang belakang lengkap dengan saraf dan urat nadi dipercayai milik pleisaurus di kawasan cetek di Tasik Ness.

Piramid

   Menurut sejarah, Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama sekitar 2650 SM yang direka oleh Imhotep untuk Raja Zoser.Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Yang lebih misterinya adalah binaan piramid tidak sahaja ditemui di Mesir tapi turut ditemui di seluruh pelosok dunia termasuk di Jepun dan Amerika Selatan.
  Namun apa yang misterinya adalah persoalan kepada bagaimana sebenarnya piramid itu dibina.Pelbagai teori dikemukan mengenai kaedah memindah serta mengankat dua juta batu seberat satu tan setiap satu itu, sebelum disusun satu demi satu sehingga berjaya membentuk piramid.
   Selain misteri mengenai proses pembinaannya, kajian juga mendapati piramid menyimpan rahsia tertentu dlm kehidupan.

Lubang Hitam (black hole)

Nun jauh di angkasa lepas, saintis telah menjumpai suatu fenomena aneh dan luar biasa yang digelar Lubang Hitam( Black Hole). Sebarang benda yang mendekatinya akan ghaib tanpa diketahui ke mana ia menghilang. Black Hole yg bersaiz lebih besar dari Segitiga Bermuda serta terawang di angkasa akan menyedut sebarang benda yang mendekatinya termasuklah planet. Misteri yang mmbabitkannya hanya dapat dikaji oleh penyelidik dan saintis drpd jauh dgn menggunakan teleskop dan pelbagai peralatan teknologi astronomi yg berjaya dicipta.
  Kewujudan black hole sebenarnya telah dikemukakan lebih 220 tahun lalu iaitu pada 1783. Perkataan Black Hole digunakan pertama kalinya oleh ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968 selepas mendapati kawasan itu sentiasa gelap dan tidak dapat dilihat kerana ia turut menyedut cahaya ke dalamnya.
  Sehingga kini, kajian mengenai Black Hole masih terus dijalankan oleh saintis dan ahli astronomi. Masih terlalu banyak rahsia berhubung kewujudan fenomena aneh di angkasa yang masih belum diterokai dan dipelajari.

Kapal Waratah...hilang tanpa sebarang jejak.

Waratah adalah nama kapal persiaran mewah yang terkenal di kalangan aristokrat Barat sekitar awal abad ke-20.Warath siap dibina oleh syarikat perkapalan Barclay Curle & Co di Whiteinch, Glasgow, Scotland sekitar tahun 1908 iaitu setahun sebelum ia hilang. Kapal persiaran mewah itu dinamakan 'Waratah' sempena nama sejenis bunga dan ia berukuran 140 meter panjang dan mampu memuatkan beban sehingga 6500 tan. Pada masa ia dibina, Waratah dikatakan kapal persiaran paling besar dan mewah diseluruh dunia.
  Dalam keseronokan menikmati kemewahan Waratah, secara tiba2 ia ghaib di kawasan laut Afrika Selatan pada 1909.Misteri kehilangannya menimbulkan 1001 persoalan mengenai punca kejadian yang berlaku terhadap kapal tersebut.
  Lebih memilukan apabila kapal waratah turut hilang bersama kira2 210 orang penumpang yang berada di dalamnya.Tiada seorang pun yang terselamat untuk menceritakan perkara sebenar yang telah berlaku terhadap kapal Waratah ketika meredah laut Afrika Selatan.Ia sekali gus meninggalkan teka-teki kehilangan kapal mewah yang turut digelar 'Australia's Titanic' itu terus kekal misteri hingga hari ini.

Jack The Ripper....pembunuh misteri yang sgt digeruni.

Jack the Ripper (Jack si Perobek) adalah gelaran untuk pembunuh bersiri misteri yang melakukan rangkaian pembunuhan bersiri dan pencacatan di London, England pada abad ke-19.
Pada 31 Ogos 1888 lewat tengah malam, di daerah East End di bandaraya London, England yang dikenali dengan nama Whitechapel (daerah lampu merah di London) pernah heboh dengan aksi pembunuhan bersiri sadis terhadap sejumlah wanita pelacur. Identiti pembunuh hingga kini tidak berjaya disingkapkan. Polis hanya mengetahui bahawa pembunuh menggelar dirinya sebagai "Jack the Ripper" melalui satu surat yang disebarkan media.
Jack The Ripper tidak meninggalkan satu bukti pun dalam tindakan jenayahnya, pola pembunuhannya pun tidak diketahui. Satu-satunya persamaan antara korban-korbannya ialah bahawa mereka adalah wanita pelacur. Ramai pakar menunjuk kepada kelaran dalam pada leher, perut dan pencacatan alat kelamin, pengeluaran organ dalaman, dan peningkatan pencacatan pada bahagian muka merupakan ciri-ciri modus operandi Jack the Ripper. Dua kes pertama dalam fail pembunuhan di Whitechapel, yang berkait dengan Emma Elizabeth Smith dan Martha Tabram, tidak selari dengan pola ini dan tidak diiktiraf.
Jack The Ripper membunuh mangsanya tanpa belas kasihan. Setelah memotong leher mangsanya, Jack The Ripper kemudian mencacatkan mereka. Bagaikan bayangan di waktu malam, tidak ada seorangpun yang dapat menyingkap siapakah Jack The Ripper sebenarnya. Walaupun Jack The Ripper "hanya" beraksi sekitar kurang satu tahun, korbannya sangat banyak dan telah menjadi legenda sampai sekarang.
Ada juga dugaan bahawa pelaku merupakan seorang doktor atau setidaknya orang yang mempunyai latar belakang pendidikan kedoktoran khusus dalam bidang operasi bedah kerana kelaran-kelaran di tubuh mangsanya sangat rapi yang hanya dapat dilakukan menggunakan alat-alat pembedahan kedoktoran yang memerlukan keahlian khusus.
Identiti Jack the Ripper sampai hari ini masih merupakan misteri; terdapat spekulasi menjangkakan bahawa Jack the Ripper telah menyeberangi Lautan Atlantik dan tinggal di Amerika Syarikat selepas melakukan pembunuhan-pembunuhan tersebut.

Friday, April 1, 2011

Stonehenge...motif pembinaannya masih tidak terungkai.

Stonehenge merupakan satu binaan Zaman Gangsa dan Neolitik yang terletak berhampiran dengan Amesbury di Wiltshire, England, sekitar 13 kilometer (8 batu) di barat laut Salisbury. Stonehenge merangkumi binaan tambak tanah yang mengelilingi batu besar berdiri tegak dalam bulatan, yang dikenali sebagai megalit.Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa kawasan itu mula dibangunkan sekitar 2500 SM sehingga 2000 SM dan ada pula yang berpendapat bahawa ia dibina sekitar 3100 SM. Sehingga kini, fungsi binaan aneh itu terus menjadi misteri yang menimbulkan tanda tanya kepada penyelidik dan ahli kaji purba. Selama ribuan tahun, batu itu kekal tegak berdiri dengan susunan bertindih membentuk seakan huruf 'l', 'n' dan 'm' sehingga membentuk bulatan di kawasan lapang itu.
   Sebuah bentuk seakan pintu gerbang kelihatan didirikan di bahagian timur laut Stonehenge manakal di tepi monumen itu pula terdapat lingkaran parit yang berdiameter sekitar 115 meter. Kira-kira 59 lubang yang dikenali sebagai lubang 'Aubrey' pula dihasilkan di bahagian luar binaan itu. Sehingga kini, penyelidik dan ahli arkeologi masih menjalankan kajian bagi mencari jawapan kepada teka-teki kewujudan monumen berkenaan, keanehan binaan itu menyebabkan ia akhirnya diiktiraf UNESCO sbagai satu daripada Lokasi Warisan Dunia pada 1986.

Bahtera Nabi Nuh A.S.....dibina untuk selamatkan hamba-NYA yang beriman.

Dalam Agama samawi, Bahtera Nabi Nuh adalah sebuah kapal yang dibangun atas perintah Tuhan untuk menyelamatkan Nabi Nuh a.s., keluarga yang beriman, kaumnya yang beriman dan kumpulan binatang yang ada di seluruh dunia dari air bah. Kisah ini terdapat dalam Kitab Kejadian dalam Perjanjian Lama dan Al-Quran.Pembinaan bahtera berkenaan bermula apabila Nabi Nuh a.s mula berdakwah kepada kaumnya dengan mengajak mereka menyembah Allah S.W.T yang telah memberikan pelbagai nikmat dan harta kepada mereka semua.
   Namun, walaupun baginda tidak jemu-jemu berdakwah siang dan malam,kaumnya tetap angkuh dan kufur serta enggan menyembah Allah S.W.T, malah bertindak menutup telinga dan muka ketika baginda sedang berdakwah.Allah S.W.T kemudiannya memerintahkan Nabi Nuh a.s membina sebuah bahtera besar di suatu kawasan yang tinggi.Tindakan Nabi Nuh a.s yang membina bahtera itu juga telah menjadi ejekan kaumnya yang menuduh baginda sudah gila.
   Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Allah S.W.T menurunkan hujan yang teramat lebat sehingga menyebabkan seluru kawasan Nabi Nuh itu tenggelam.Banjir besar itu menyebabkan penduduk yang kufur dan tidak beriman kepada ajaran Nabi Nuh a.s akhirnya terkorban.

Segi Tiga Bermuda....setiap kapal yang melaluinya pasti akan ghaib.

Segi Tiga Bermuda merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. Tidak seperti kebanyakan lokasi biasa di muka bumi ini, Segi Tiga Bermuda dikenal pasti sebagai antara wilayah yang terus kekal misteri sehingga kini.Sejarah yang membabitkan ia sudah mencapai lebih 500 tahun sejak kejadian kali pertama direkodkan berlaku kepada pelayar, Christopher Columbus pada 1492.
  Sehingga kini, rahsia lokasi yang terletak diantara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus tersimpan rapi tanpa dapat dipecahkan sesiapa selama ratusan tahun.sejak 500 tahun itu jugalah pelbagai kejadian aneh dan menakutkan telah berlaku.Ratusan kapal dan pesawat yang melalui kawasan perairan itu terus ghaib tanpa tiba-tiba tanpa dapat dikesan! Selepas lebih 500 tahun sejak peristiwa misteri yang menghantui Columbus dan anak kapalnya itu,masih tiada sebarang jawapan diperoleh berhubung punca sebenar misteri Segi Tiga Bermuda.Pelbagai kejadian misteri dan fenomena aneh juga terus beraku bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia.

Mona Lisa..senyuman yang sukar diterjemahkan.



Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci yang dihasilkan sekitar tahun 1503. Kini ia disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis. Lukisan Mona Lisa popular kerana hasil seninya menampakan lukisan itu seperti bernyawa. Lukisan ini dilukis selama 4 tahun tetapi tidak pernah disiapkan selepas itu. Oleh itu, terdapat sedikit kecacatan pada lukisan ini yang mana subjek lukisan ini tidak mempunyai bulu kening dan lukisan latar belakang kelihatan terlalu pudar.Ramai pengkaji seni dan saintis cuba mentafsirkan makna disebalik senyuman unik wanita itu yang dianggap amat berbeza berbanding mana-mana snyuman manusia lain.Meneliti cara wanita itu melirikkan senyumannya, pasti ramai pihak tertanya-tanya apakah perasaan sebenar yang tersimpan jauh dilubuk hati ketika dirinya sedang dilukis pelukis terkenal,Leonardo da Vinci.
   Lebih unik adalah bentuk senyuman itu nampak berbeza jika dilihat dari sudut yang berlainan.Selain itu,bebola mata Mona Lisa sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira daripada arah mana mereka memerhatikan lukisan tersebut.
   Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengetahui makna disebalik senyuman itu dan terus mencari jawapan kepada persoalan siapakah Mona Lisa sebenarnya.Banyak teori telah dikemukakan oleh para saintis yang terkenal.Bagaimanapun,satu penemuan mengejutkan dikemukakan pengkaji dari Bell Labs,Dr. Lillian Schwartz.Menurutnya,Mona Lisa sebenarnya adalah wajah Da Vinci sendiri yang dilukis sebagai wanita.Penemuan itu diperoleh Selepas Schwartz membandingkan wajah Da Vinci dengan wajah Mona Lisa.Hasilnya,kedua-dua wajah itu didapati tidak sahaja seiras tetapi dapat digabungkan menjadi satu!


mona lisa+da vinci