Batu Ica dikatakan wujud sejak jutaan tahun dahulu yang padanya terdapat banyak ukiran aneh dan menghairankan. Misteri kewujudannya bermula sekitar 1960-an apabila seorang petani menjumpai banyak batu yang memiliki imej pelik dalam sebuah gua sekitar Ica, Peru. Dia kemudian mengutip batu itu untuk dijual kerana ukirannya teramat unik dan menarik.Tetapi, tindakan petani itu menyebabkan dirinya ditangkap kerana didapati menjual artifak negara.Walaubagaimanapun, dia dilepaskan tidak lama selepas itu. Seorang daripada pelanggan tersebut ialah Dr.Javier Cabrera. Doktor itu kemudian membeli batu-batu itu dan menempatkannya di sebuah muzium khas yang dibinanya.Di muzium itu, terdapat lebih 1500 Batu Ica dengan pelbagai imej tertera diatasnya. Dr Cabrera turut bingung dengan misteri Batu Ica yang dikatakan wujud puluhan juta tahun dahulu yang imejnya tertera padanya terlalu futuristik. Justeru,beliau mula membenarkan penyelidik mengkaji batu-batu miliknya dengan harapan dapat membongkar misteri batu tersebut.
Pelbagai teori dan penemuan telah dihasilkan setelah kajian telah dijalankan.Walaubagaimanapun, sehingga kini, tiada siapa yang pasti teori manakah yang benar dan tepat.

No comments:
Post a Comment